Senarai Blog Saya

Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi Tuhan Pencipta Alam kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya masih diberi waktu dan peluang untuk merasai kenikmatan bulan yang paling mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak..Terlebih dahulu buat bonda dan ayahanda yang disayangi anakanda ucapkan selamat berpuasa,anakanda doakan semoga bonda dan ayahanda senatiasa sihat untuk menyempurnakan ibadah di bulan yang mulia ini..Buat isteri yang disayangi..Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini apa yang kita hajati selama ini akan dimakbulkan...kanda doakan agar dinda sentiasa  sihat dan bahagia di samping kanda..buat rakan seperjuangan semoga kalian terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara..tidak lupa kepada anak-anak didik..manafaatkan bulan yang mulia ini untuk mengenal Tuhanmu..Sempurnakanlah tanggungjawap mu..Cikgu doakan agar kalian semua terus berjaya dunia dan akhirat..

Akhir kalam menafaatkan bulan yang mulia ini...semoga kita sama-sama mendapat berakah..berjumpa di catatan yang lain nanti..InsyaAllah..

W`salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan