Senarai Blog Saya

Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi Tuhan Pencipta Alam kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya masih diberi waktu dan peluang untuk merasai kenikmatan bulan yang paling mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak..Terlebih dahulu buat bonda dan ayahanda yang disayangi anakanda ucapkan selamat berpuasa,anakanda doakan semoga bonda dan ayahanda senatiasa sihat untuk menyempurnakan ibadah di bulan yang mulia ini..Buat isteri yang disayangi..Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini apa yang kita hajati selama ini akan dimakbulkan...kanda doakan agar dinda sentiasa  sihat dan bahagia di samping kanda..buat rakan seperjuangan semoga kalian terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara..tidak lupa kepada anak-anak didik..manafaatkan bulan yang mulia ini untuk mengenal Tuhanmu..Sempurnakanlah tanggungjawap mu..Cikgu doakan agar kalian semua terus berjaya dunia dan akhirat..

Akhir kalam menafaatkan bulan yang mulia ini...semoga kita sama-sama mendapat berakah..berjumpa di catatan yang lain nanti..InsyaAllah..

W`salam..

Rabu, 4 Ogos 2010

Mula Disini......

Segalanya mula disini...Assalamualaikum dan Salam Perkenalan..Dalam blog ini anda akan saya bawa bersama-sama berkongsi pengalaman, berkongsi rasa, berkongsi pendapat sepanjang perjalanan hidup saya yang sudah pun menjangkau 30 tahun ..Sesungguhnya setiap pengalaman yang dikutip sepanjang hayat saya ini mungkin sedikit sebanyak sama dengan pengalaman tuan2 dan puan2..Sama ada ia pengalaman yang manis atau pahit ia adalah satu perjalanan hidup yang mesti dilalui untuk kita sampai ke perjalanan yang sebenar..

Catatan ini akan saya mulakan nanti...di harap tuan2 dan puan2 dapat sama2 melaluinya...

W`salam...